Pakej Anatolian Turki (Ground)

Anda sudah mempunyai tiket dan tarikh sendiri.Biar kami uruskan jadual perjalanan anda.Tidak perlu pening kepala nak fikirkan jadual perjalanan.

Harga RM 2490/Pax 

HARI 1 ISTANBUL – BOLU Setibanya di Lapangan Terbang Istanbul, para tetamu akan disambut oleh Profesional Tour Guide tempatan yang berbahasa Inggeris di ruang menunggu. Kemudian, kita akan ke Sultan Ahmed Camii (Masjid Sultan Ahmed) atau lebih dikenali sebagai Blue Seterusnya, kita akan melalui Medan Sultan Ahmed yang dahulunya dikenali sebagai Hippodrome yang dijadikan medan hiburan tempatan di zaman kerajaan Rom. Kemudian, kita akan melihat kehalusan seni bina dan khazanah bernilai Uthmaniyyah di Istana Topkapi yang penuh dengan barang-barangan berharga umat Islam. Seterusnya, kita akan makan malam & terus bergerak dan bermalam di Bolu.


HARI 2 BOLU – ANKARA – CAPPADOCIA Selepas puas berehat dan sarapan pagi, kita akan check out hotel dan berangkat ke ibu negara Turki, Ankara, selama 3 jam perjalanan. Sampai sahaja di sana, kita akan menziarahi makam & masjid Haci Bayram (Haci Bayram Camii). Beliau adalah seorang tokoh ulama terkemuka Uthmaniyyah pada abad ke-14 dan merupakan penasihat utama kepada Sultan Murad II. Setelah selesai makan tengah hari dan solat jama’, kita akan bergerak ke negeri Nevsehir yang terkenal dengan panggilan Cappadocia selama 6 jam perjalanan. Kita akan makan malam & bermalam di Hotel, Cappadocia.


HARI 3 CAPPADOCIA Sekitar pukul 5 pagi, bagi peserta yang memilih pakej Hot Air Ballon (optional) anda akan dijemput dari Hotel untuk menaiki belon panas selama 1 jam. Lawatan bermula sekitar 9 pagi ke Bandar Bawah Tanah iaitu tempat penyembunyian beriburibu orang kristian. Seterusnya adalah ke Güvercinlik Vadisi (Lembah Burung Merpati) yang merupakan ribuan rumahrumah burung yang telah ditarah di sepanjang lembah yang lembut strukturnya. Selepas makan tengahari, kita akan ke perkampungan Avanos di pesisir Sungai Merah, Avanos diberi jolokan bandar tembikar. Kemudian, antara daerah yang dilawati ialah Devrent Valley, Pasabag Valley yang terkenal dengan fairy chimneys yang berbentuk seakan-akan cendawan gergasi. Makan malam dan bermalam di hotel Cappadocia.


HARI 4 CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE Selepas sarapan pagi, kita akan check out hotel dan bertolak ke Denizli yang terkenal dengan tempat lawatan, Pamukkale. Dalam perjalanan ke negeri Denizli, kita akan melawat bandar Konya iaitu 3 jam dari Cappadocia. Di sana terdapat sebuah muzium kurun ke-13 iaitu Mevlana Calaleddin-I Rumi yang merupakan tokoh sufi yang terkenal dan menjadi Sultanul Ulama di era Kesultanan Seljuk. Selesai makan tengah hari dan menunaikan solat jama’, kita akan berangkat ke Denizli yang mengambil masa sekitar 6 jam perjalanan dari bandar Konya. Makan malam dan bermalam di hotel, Pamukkale.


HARI 5 PAMUKKALE – KUSADASI Pagi ini, bagi yang ingin melakukan aktiviti lasak seperti menaiki paragliding/hot air ballon (Optional) di Pamukkale, perlu menempah lebih awal untuk persediaan. Selepas puas berehat, kita akan check out hotel dan pergi melawat ke lokasi di Pamukkale (Cotton Castle/Istana Kapas) yang kaya dengan sumber air mineral. Seterusnya kita akan terus bergerak ke Kota Ephesus. Perjalanan memakan masa 3 jam. Kita akan makan tengahari dalam perjalanan. Setelah itu, kita akan menziarahi Kota lama Ephesus, antara tempat arkeologi terkemuka dunia yang terdapat di dalamnya perpustakaan Celsius, Grand Theatre, Tempel Hadrain dan tempat mandi Rom. Perjalan kita akan diteruskan ke bandar Kusadasi di negeri Aydin yang mengambil masa sekitar 30 min perjalanan dari Kota Ephesus. Makan malam dan bermalam di hotel, Kusadasi.


HARI 6 KUSADASI – EPHESUS – BURSA Hari ini, kita akan terus bertolak ke Bandar Bursa di awal pagi hari selepas bersarapan. Dalam perjalanan, kita akan melawat kilang pakaian kulit yang sangat berkualiti. Perjalanan ke Bursa akan mengambil masa sekitar 6 jam perjalanan. Kita akan berhenti untuk makan tengah hari semasa dalam perjalanan, kita akan teruskan dengan aktiviti membeli belah di Turkish Delight Outlet & Oliver Oil Outlet.Setibanya di bandar Bursa, kita akan melawati Ulu Cami,salah satu masjid utama di Bursa dan Kozahan untuk membeli belah. Makan malam & bermalam di Bursa HARI 7 BURSA – ISTANBUL Selepas check out hotel, kita akan bergerak terus ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, kita akan terus merentasi Selat Bosphorus menaiki Cruise. Di sana kita akan melihat keindahan laut biru dan permandangan sepanjang Selat Bosphorus sambil ditemani burung-burung camar. Program akan diteruskan dengan membeli belah di Spice Bazaar dan juga Grand Bazaar. Seterusnya kita akan pulang ke hotel untuk makan malam dan bermalam di hotel.


HARI 8 ISTANBUL Free & Easy. Berkumpul di tempat penginapan dan check out paling lewat pukul 0800 pagi untuk terus bertolak ke Ataturk Airport (IST) dan berlepas ke Kuala Lumpur.

Pakej Turki Terbaik 2020

 

Winter at Turkey

Bersama akami dalam menjelajahi peniggalan salah satu Tamadun Islam terhebat .Kami akan membawa anda ke seluruh bumi Turkey di samping mengetahui sejarah Islam yang sememangnya hebat.

Pakej 9 Hari 7 Malam

Full Board

RM 4590/pax

  • Fullboard Makan dan Minum

  • Penginapan Hotel 4-5 Bintang 

  • Lawatan ke Tempat Ski 

  • Bosphorus Cruise -Percuma

  • Private Group bukan Seat in Coach 

  • Penerbangan -Confirm

  • Tipping -Include

  • Private Coach 

78904415a4463a548b3abe5fb6ec644a.jpg
 

Trip Turki-Kazakhstan

Tulip Season

RM 4590/pax

  • Fullboard Makan dan Minum

  • 1 Night at Khazastan

  • Penginapan Hotel 4-5 Bintang 

  • Lawatan ke Tempat Ski 

  • Bosphorus Cruise -Percuma

  • Private Group bukan Seat in Coach 

  • Penerbangan -Confirm

  • Tipping -Include

  • Private Coach 

 

03-40317458/0133354748/0197498687

Unit 7-1- Diamond Square Setapak Kuala Lumpur

©2017 by Rania Travel & Tours. Proudly created with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now